Wednesday, June 17, 2009

KACANG LUPAKAN KULIT, MELEPAS ANJING TERSEPIT...

Baru baru ni, saya sempat berbual bual dengan beberapa pensyarah yang menjadi tenaga pengajar di salah sebuah IPTA, tempat di mana saya tinggal. Agak lama jugak perbualan kami, dari satu topik ke satu topik . Kebanyakannya berkisar kepada isu isu semasa yang dipaparkan di dada dada media cetak dan elektronik.

Pensyarah pensyarah yang berbual dengan saya itu juga bersetuju bila saya nyatakan bahawa kemakmuran, keamanan yang ada di negara kita ini, berpunca dari sebuah pentakbiran yang hebat.

Dalam ertikata lain, dengan adanya pemerintah yang peka tentang permasalahan rakyat, bagaimana memajukan negara, kemana pembangunan nak dilaksanakan, maka terbentuklah Malaysia sebagaimana yang ada sekarang.

Namun, bila saya bertukar topik dengan bertanyakan mengapa terdapat di kalangan pensyarah sengaja memburuk burukkan kerajaan samada ketika di bilik kuliah mahupun ketika mengadakan aktivitii luaran, mereka menjawap dengan jawapan yang kurang sedap didengar.



"Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sebagai rakyat mereka bebas bersuara dan berhak menyuarakan pandangan. Samada pandangan itu diambil kira atau sebaliknya, itu adalah hak seseorang individu," jawap salah seorang pensyarah berkenaan.


Saya nyatakan kepada mereka, apa pun jawapan mereka terhadap soalan saya boleh dianggap betul. Tetapi dalam masa yang sama, saya menyatakan apakah pula tanggungjawap individu berkenaan terhadap menjaga negaranya. Apakah mereka lupa sejarah bahawa sistem yang ada sekarang inilah diamalkan sejak berpuluh tahun dahulu, terbentuklah Malaysia menjadi sebuah negara yang dihormati di seluruh dunia.


Saya juga nyatakan kepada mereka, dengan sistem pendidikan yang dibentuk oleh pemerintah inilah, maka hari ini terlahir ribuan pensyarah, doktor, jurutera, arkitek, penguam dan bermacam macam masyarakat profisional dilahirkan.

Mengapa setelah golongan profisional ini berjaya dilahirkan, hari ini mereka bukan saja mahu mengubah dasar malah mengubah kerajaan. Pada mereka akan ada sebuah lagi kerajaan yang lebih elok berbanding yang ada sekarang tanpa dapat memberi contoh kerajaan mana.

Peliknya, setelah mereka pandai, akhirnya orang yang memberi mereka pandai bukan sahaja tidak dipedulikan tetapi mahu dimusnahkan.


Ramai kalangan pensyarah yang terang terang pro kepada pembangkang, tetapi masih makan gaji dengan kerajaan. Bila ditanya mengapa? Maka mereka menjawap itu tanggungjawap kerajaan, tetapi bila kita bertanya apa pula tanggungjawap mereka menjaga kerajaan dan negara negara, dengan pantas mereka menjawap ini proses demokrasi.

Samada menteri yang bertanggungjawap terhadap IPTA ini sedar ataupun tidak, tidaklah dapat dipastikan. Tetapi, sikap pensyarah pensyarah yang terang terang memburuk burukan kerajaan dihadapan pelajar universiti ini tidak dibendung, saya yakin dan percaya IPTA bukan sahaja akan berjaya melahirkan cerdik pandai tetapi juga masyarakat muda yang bakal merosakkan negara di masa hadapan.


Paling menyedihkan, kebanyakan pensyarah dan pelajar yang terbabit memburuk burukkan kerajaan ini terdiri dari orang Melayu. Mereka umpama kacang lupakan kulit dan melepaskan anjing tersepit pada bangsa melayu yang tidak berpeluang bekerja atau belajar di menara gading.

2 comments:

  1. Pak ndak,
    ramai pegawai kerajaan dari kumpulan P&P yang terang2 anti kerajaan, mereka ini umpama gunting dalam lipatan, mereka mempunyai kuasa untuk membuat keputusan didalam mesyuarat yang mereka pengerusikan, mereka sangat disayangi oleh kerajaan, mereka diberi pelbagai kemudahan, pelbagai elaun2 yang tinggi tetapi mereka menjadi duri dalam daging, tidak seperti orang bawahan (Kumpulan Sokongan) yang menjadi tulang belakang kerajaan tetapi tidak mendapat layanan sebaik mereka yang menghina kerajaan, mereka kutuk dan jijik dengan kerajaan yang ada, tetapi mereka lupa, kerajaan sekarang umpama piuk nasi mereka dan mereka telah menaburkan NAJIS dalam piuk nasi mereka dan mereka menikmatinya.

    ReplyDelete
  2. Kalau tak naik gaji ... sokong pembangkang, bagi naik gaji... sokong pembangkang juga .. sepatutnya sapa jer kerja kerajaan secara automatik kertas undi diaorang dah siap pangkah kerajaan. kalau tak pegi kerja swasta... tapi kalau kerajaan lain perintah ??? haru jugak tu..

    ReplyDelete