Friday, May 29, 2009

NIZAR OH NIZAR......

Bebudak PAS mula pening kepala dengan tindakan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar yang baru baru ni lancar kempen mogok lapar dengan DAP. Apa yang memeningkan kepala mereka ialah mengapa pemimpin yang mereka agung agungkan selama ini sanggup memegang watak utama, sedangkan mereka tahu DAP (atau orang kafir) memang menggunakan senjata mogok lapar dalam membuat tuntutan. Mereka tertanya tanya. mengapa Nizar sanggup berbuat demikian.

Paling memeningkan. bila pemimpin pemimpin utama mereka dalam parti PAS tak banyak dan tak ramai yang nak komen... apa dah jadi. Apakah Nizar lebih ulama dari ulama ulama PAS yang sedia ada?. Siapa Nizar sebelum ni..... tiba tiba muncul dalam persekitaran PAS dan kemudiannya cuba membuat pelbagai acuan untuk menarik minat penyokong penyokong PAS padanya.

Untuk pengetahuan umum, Nizar sebelum ni hanyalah orang biasa yang turut menjalani kehidupan biasa. Tak ada apa apa yang istimewa. Nizar cari makan dengan menjadi kontraktor di Majlis Bandaraya Shah Alam sewaktu kerajaan Barisan Nasional memerintah Selangor. Dah banyak pun dia "telan" projek projek di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

Tetapi..... hebatnya Nizar ni dia cari makan kat Selangor tetapi terberak di Perak. Orang Perak pula yang tanpa usul periksa terus percaya dengan kelentong pemimpin janggut sejemput ni yang mempunyai latar belakang pendidikan bidang kejuruteraan (atas dasar Pendidikan Negara yang unggul bawah kerajaan Barisan Nasional), hingga berak yang dibuat.... berbau wangi. Bukan saja orang PAS yang di kelentong tapi seluruh rakyat Perak dapat diperdaya.

Seperkara yang ingin ditanya kepada orang orang PAS.... Islam mewajibkan setiap umatnya berpuasa di bulan Ramadhan.... hal ini menjadi rukun. Dalam keadaan rukun pun ramai di kalangan umat Islam melanggarnya perintah hingga terpaksa Majlis Agama Islam setiap negeri membuat operasi penangkapan, tiba tiba penduduk Perak diminta oleh pemimpin mereka mengadakan mogok lapar. Apakah ini tidak bercanggah dengan Agama?

Oleh itu. sedarlah wahai penyokong PAS yang semakin buta dan jahil dengan mana yang hak dan mana yang batil, kembalilah semula ke jalan yang benar. Kalau salah pun kerajaan yang memerintah, sama samalah diperbetulkan. Jangan kerana pangkat dan darjat kita menjadi lupa sehingga sanggup menggunakan agama semata mata untuk mengaburi manusia lain.

Sama sama lah kita perbetulkan mana yang salah. Kita tanya pada diri kita.... kepandaian ilmu yang ada pada kita hari ini kerana siapa?. Jawapannya mudah, semuanya ini adalah kerana Dasar Pendidikan Negara yang mantap dan berkesan sehingga boleh melahirkan pemimpin pemimpin Melayu seperti Hadi Awang, Nik Aziz, Salehuddin Ayub, Nizar, Najib Tun Razak, Mahyuddin dan ramai lagi. Jadi jangan kita tikam belakang, kacang lupakan kulit, melepas anjing tersepit.

Jika kita asyik dan leka dengan semua ini, ada pihak lain yang sedang ketawa kerana dalam hati mereka tak lama lagi mereka akan mendapat kuasa. Ingatlah.... Takkan Melayu Hilang Di Dunia.

Wednesday, May 20, 2009

(Pesan Nenek........ Mencari yang hilang adalah lebih baik kerana seseorang itu sudah mula insaf. Mencari yang tiada adalah satu perbuatan yang sia sia. Oleh Itu adalah lebih baik mencari yang hilang berbanding mencari yang tiada).

RAKYAT MULA MENCARI YANG HILANG

Dah lebih satu tahun sejak PRU12 yang lalu Pakatan Rakyat menerajui kepimpinan Kerajaan Selangor. Kalau mengikut menifesto PR yang lalu, tentu sudah banyak janji janji yang dibuat semasa kempen tertunai. Daripada berbelanjaan untuk menanggung kanak kanak di peringkat tadika, surirumah anak negeri yang tidak berkerja akan mendapat RM300 sebulan sebagai elaun sara diri, bantuan untuk warga emas yang tidak mempunyai pendapat tetap, hinggalah kos perbelanjaan setiap penduduk yang meninggal dunia sebanyak RM 2 ribu.

Bermakna, untuk menambat hati setiap penduduk di Selangor supaya mengundi calon calon PR, mereka sanggup berbuat apa sahaja. Bermula dengan mengambil hati kanak kanak hinggalah "membeli" hati keluarga si mati. Banyak lagi janji janji yang tersimpat dalam menisfesto PR yang akan dihuraikan satu persatu di masa mendatang.

Inilah hebatnya PR yang tidak ada pada Barisan Nasional, sehingga rakyat di Selangor menjadi begitu rela untuk memangkah mereka sehingga PR mampu menubuhkan kerajaan mereka di Selangor.

Rakyat Selangor seolah olah telah dibomoh untuk membenci BN yang selama ini telah menaburkan begitu banyak jasa dalam pelbagai aspek kehidupan. Seolah olah jasa yang ditaburkan oleh pemimpin pemimpin BN sejak puluhan tahun yang lalu tidak ada nilainya lagi. Rakyat Selangor begitu yakin sebuah pakatan pembangkang yang begitu hebat dengan menifestonya akan mampu berbuat lebih baik berbanding BN sebelum ini.

Pada mereka, apa yang sebelum ini dilakukan oleh kerajaan BN bukan tidak membawa kemajuan tetapi pelaksanaannya sudah dianggap perkara biasa sahaja. Mereka seolah olah mahukan yang lebih baik, lebih hebat lagi. Dalam masa yang sama mereka juga terpengaruh dengan dakwaan, hinaan, tuduhan malah lebih hina lagi mereka menerima apa sahaja tuduhan yang berbau hasutan sehingga ada diantaranya berunsur fitnah. Mereka terus menghukum pemimpin UMNO dan BN tanpa meneliti atau mengkaji disebalik angkara tersebut.

Tetapi, apa yang ingin saya persoalkan sekarang ialah apakah rakyat Selangor benar benar sudah puas hati dengan apa yang mereka alami sepangjang lebih setahun PR memerintah Selangor. Apakah mereka benar benar puashati dengan tindakan mahupun arahan baru dari kerajaan baru di Selangor ini. Semuanya menjadi tandatanya yang mungkin agak sukar untuk dijawap.

Sukar untuk dijawap bukan kerana kerajaan PR sekarang telah membuktikan perkara yang positif ataupun nagatif. Tetapi sukar untuk dijawap kerana buat masa ini mereka masih tertanya tanya kuasa memangkah yang mereka laksanakan semasa PRU12 yang lalu, benar benar telah digunakan dengan sebaik mungkin ataupun terguna akibat sikap marah.

Semua orang tahu perkembangan yang berlaku di Selangor, pada hari ini. Janji janji menifesto yang dibuat pada PRU 12 yang lalu tidak pernah dilaksanakan dengan amanahnya. Banyak kelemahan songsang dalam sistem pentadbiran di Selangor. Rakyat yang dahulunya mengharapkan pelbagai "kemewahan" semasa berkempen, kini hanya mampu berputih mata. Tidak ada bantuan untuk kanak kanak tadika, tidak ada elaun untuk suri rumahtangga anak Selangor.

Wang untuk perbelanjaan menguruskan kematian pun ada yang dapat dan ada yang tidak dapat. Kalau dapat pun, bukan jumlah sebenar. Bila ditanya mengapa ada potongan, maka jawapannya baki wang berkenaan akan dikumpul untuk tujuan kenduri arwah yang akan diadakan secara berkelompok pada masa yang akan ditetapkan kemudian.

Dari segi pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula amat membengongkan. Kita ambil contoh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Semasa zaman pemerintahan BN dahulu, banyak aspek diambil kira. Sebelum melantik setiap Ahli Majlis PBT, aspek kepadatan penduduk, komposisi kaum yang tinggal di kawasan tertentu dan kerancakan pembangunan diambil kira.

Setelah diperinci dengan teliti, barulah dipilih di kalangan pemimpin pemimpin masyarakat mendiami kerusi Ahli Majlis. Maknanya, setiap Ahli Majlis yang dilantik akan tahu kawasan, sempadan, sensitiviti serta keperluan setiap kawasan yang mereka wakili. Dalam ertikata lain, sebarang masalah yang timbul, dengan mudah dirujuk kepada Ahli Majlis berkenaan. Maka pentadbiran MPSJ akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Tetapi, apa yang mendukacitakan perlantikan Ahli Majlis kerajaan PR bukan sahaja pincang kerana kuota mengikut kaum tidak dibuat dengan seadil adilnya, malahan hampir kesemua Ahli Majlis yang dilantik tidak tahu menahu persekitaran kawasan yang mereka wakili.

Paling memburukkan mereka juga tidak kenal rapat dengan penduduk setempat. Bagi mengatasi masalah itu, mereka melantik wakil wakil ahli majlis secara "tangkap muat" dikalangan penyokong mereka semata mata untuk memudahkan tugas mereka. Tetapi, malangnya kebanyakan pembantu pembantu yang mereka lantik ini bukan sahaja "kepala besar" tetapi juga sebelum ini tidak pernah bercampur dengan masyarakat, apatah lagi nak menjengok ke surau mahupun masjid.

Kenapa ini berlaku? Jawapannya mudah, kebanyakan Ahli Majlis yang menjaga kawasan kawasan yang diamanahkan bukannya orang tempatan atau penduduk tetap kawasan berkenaan. Ada di kalangan mereka tinggal berpuluh puluh kilometer dari kawasan yang mereka wakili. Seolah olah sudah tidak ada dikalangan penduduk tempatan yang selama ini menyokong PR tidak layak menjadi Ahli Majlis.

Keadaan ini membuatkan ada di kalangan penyokong penyokong PR mula terasa seperti di anaktirikan. Pandangan penduduk tempatan yang menyokong mereka diketepikan. Sebarang pembangunan yang hendak dilaksanakan tidak berbincang dengan mereka. Malah sudah mula wujud perkataan "Aku orang Ahli Majlis, aku yang berhak menentukan apa yang nak dibuat di kawasan ini."

Di DUN N29 Seri Serdang sendiri, bara bara yang selama ini menyala di dalam serkam sudah mula menyala. Walaupun kawasan ini diwakili oleh BN tetapi yang nampak hebat kononnya untuk menguruskan rakyat terdiri dari pemimpin pemimpin kecil dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Seolah olah PKR yang menang di kawasan N29 Seri Serdang, walaupun pada hakikatnya BN yang menang.

Pada penyokong BN perkara ini tidak membimbangkan mereka kerana mereka mempunyai wakil rakyat yang selama ini memang mampu menguruskan kawasan. PKR yang seolah olah tidak sedar diri mencampuri pelbagai urusan sama ada yang membabitkan urusan rakyat mahupun urusan agama.

Hal ini menyebabkan kebanyakan pemimpin pemimpin kecil dari Parti PAS yang selama ini bertanding dengan BN menjadi tersisih. Sari sudut pembahagian kerusi DUN, PR meletakkan PAS bertanding di kawasan Seri Serdang dan bukannya PKR.

Tindak tanduk PKR ini sebenarnya ingin merampas kuota kerusi dari PAS ini bagi tujuan persiapan untuk pilihanraya akan datang. Sudah mula terdengar dengar tindakan Timbalan Pengerusi PKR Selangor Yaacub Sapari yang juga ADUN Kota Anggerik di Shah Alam mahu bertanding di kawasan Seri Serdang.

Walaupun sebelum ini Yaacub pernah dua kali kempunan kerusi DUN Seri Serdang ditangan Dato Dr Mohamad Satim Diman, tetapi kali ini Yaakub merasa yakin dia mampu menumbangkan Dato Dr Mohamad Satim pada pilihanraya akan datang.

Bagi mencapai cita citanya itu, Yaacub sudah mula turun ke padang mencari lubuh lubuk tertentu di DUN Seri Serdang. Selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor, pelbagai program dan bantuan telah dan akan dibuatnya bagi tujuan mengambil hati rakyat. Malahan, sejak kebelangan ini rungutan sudah mula terdengar di kalangan penduduk di Kota Anggerik kerana Yaacub kurang turun padang di sana.

Inilah yang memeningkan kepala pemimpin pemimpin PAS di DUN Seri Serdang dan juga Selangor. Ada yang sudah berani membuat kenyataan terbuka mengutuk prilaku Yaacub yang dikatakan telah menceroboh kawasan mereka. Dengar khabar, Ustaz Nassir yang tinggal di kubu PAS di Seri Aman, Puchong juga kurang senang dengan keikhlasan PKR terutamanya Yaacub. Sudahlah pada PRU 12 yang lalu, Ustaz Nassir kempunan bertanding di DUN Seri Serdang kerana PAS ketika itu mengimpot calun luar bertanding menentang BN.

Banyak lagi kekalutan yang semakin banyak dilakukan oleh PR di Selangor. Rakyat yang sebelum ini begitu mengharapkan mereka mampu melakukan yang lebih baik berbanding BN sudah mula membuka mata. Mereka sudah mula sedar antara kaca dan permata. Mereka sudah mula mencari yang hilang dan menyesal kerana selama ini mereka mencari yang tiada. Mereka sudah sedar adalah lebih baik mencari yang hilang berbanding menanti yang tiada.

Esok, lusa kita akan bercerita pula bagaimana orang Melayu yang berpendapatan rendah ditipu oleh kerajaan PR di Selangor terutama di Puchong. Wasalam.................