Thursday, September 17, 2009

KERAJAAN SELANGOR-TUAN TANAH GEDAUNG

Dengar cerita ramai di kalangan sahabat handai exco Selangor dah mula dapat tanah. Kok tanah kerajaan negeri tak apalah jugak... memang layak kerajaan negeri yang sedang berkuasa berbuat demikian, tapi yang menyedihkan ada dikalangan mereka diberikan kebenaran sementara (TOL) tanah tanah yang sebelum ini diwartakan sebagai kawasan lapang.

Kalau tak salah, (cubalah semak) sorang dua pengikut parti memerintah diberikan hak sementara menggunakan kawasan lapang untuk kepentingan peribadi. Kita jangan lupa, setiap kawasan yang nak dibangunkan memang termaktub dalam syarat syarat merancang, supaya menyediakan kawasan lapang bagi kegunaan orang ramai.

Dalam ertikata lain, kawasan lapang dalam sesuatu kawasan yang diwartakan sebagai kawasan lapang adalah milik penduduk. Bila disebut milik penduduk bermakna ianya milik rakyat dan bukan individu.

Tapi disebabkan terlalu ingin membeli pengaruh, akibatnya kawasan lapang milik rakyat ini dihalalkan bagi kegunaan individu tertentu. Akibatnya rakyat yang lain melopong. Apa dah jadi dgn MB Selangor ni. Tan Sri Khalid Ibrahim takkan buat pekak jer.... Tengok tengoklah sikit masalah rayat ni. Cuba sesekali pergi ke DUN Kinrara. Tanya masalah rakyat kat sana, maka akan pecahlah cerita bagaimana satu kawasan lapang yang diwartakan sejak dulu kala kini menjadi milik individu.

Saya masih ingat, kira kira 6 atau 7 tahun lalu, Dato Dr Hj Mohamad Satim Diman merancang nak buat pembangunan di salah satu kawasan lapang kat Kinrara bagi kegunaan dan kepentingan rakyat sekeliling. Pembangunan tersebut membabitkan jutaan ringgit. Bila ianya berjaya dilaksanakan nanti, akan memberi manafaat kepada semua rakyat.

Tapi disebabkan ada bantahan, pemimpin BN ketika itu amat peka, maka rancangan tersebut dibatalkan. Tukang bantah ketika itu puak puak pembangkang ini jugaklah. Tapi hari ini dah terbalik, kawasan lapang diambil alih oleh individu tertentu dan kerajaan PR buat pekak je.

Kalau dah pekak tak apalah jugak, lagi membingungkan mereka langsung tak nak endahkan pandangan yang lain.

Jadi nak nasihatkan Khalid serta kunco konconya, pekalah sikit masalah rakyat ni. Menifasto cukup cantik tapi rupa rupanya hanya menanam tebu di tepi bibir saja. Pada rakyat Kinrara, bangkitlah..... jangan biar kepentingan anda dirampas di depan mata.

Wednesday, September 16, 2009

IMAM KAKI BALUN HASIL TAULIAH KERAJAAN SELANGOR

Cerita imam imam di sesetengah masjid di Kelantan gunakan platfom khutubah masjid untuk membalun kerajaan pusat sudah banyak menular di Selangor. Paling menyedihkan, imam imam yang dilantik oleh kerajaan negeri ini bukan sahaja membalun kerajaan pusat di kawasan kawasan yang mereka menang, tetapi juga berani membalun kerajan pusat dan wakil wakil rakyat dari BN di kawasan yang mereka kalah.

Paling menyedihkan khutubah dan taskirah imam imam ini bukan sahaja berbau politik terang terangan, tetapi juga bercampur dengan hinaan, makian dan juga luahan perasaan marah.

Perkara begini langsung tidak pernah berlaku ketika BN memerintah Selangor dahulu. Apapun fahaman politik masyarakat ketika itu, imam imam yang bertugas mengambil jalan tengah serta tidak pernah menggunakan khutubah untuk memukul atau menghentam musuh politik mereka.

Tetapi hari ini keadaan itu sudah tidak berapa ujud lagi. Ada imam imam yang kerajaan negeri Selangor lantik sudah mula memainkan peranaan jahat ini. Lebih lebih lagi imam imam yang didatangi khas oleh jawatankuasa masjid yang langsung tidak ada tauliah oleh Masjlis Agama Islam Negeri Selangor.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuangku Sultan Selangor telah mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor atau mana mana pentadbir masjid di negeri ini, supaya menjaga keistimewaan dan kemuliaan masjid sebaik mungkin. Malangnya mereka bukan saja engkar tetapi melanggar perintah berkenaan.

Rata rata yang terbabit dalam urusan pentadbiran masjid dan surau di Selangor bukan anak jadi Selangor. Kebanyakan mereka berasal dari negeri negeri lain dan bermastautin di Selangor. Tetapi apa yang peliknya, mereka gagal mematuhi arahan dan perintah Sultan sebagaimana yang dituntut oleh setiap rakyat. Malah mereka menjadi lebih Selangor berbanding anak jati Selangor.

Apa tindakan MB Selangor? Tan Sri Khalid Ibrahim..... dia buat pekak je. Exco agama yang juga pakar motivasi Dato Hassan Ali jugak tidak berani untuk menegah apatah lagi bersuara. Maka terjadilah pada hari ini, masyarakat Islam di Selangor dihidangkan dengan caci maki, kejian, hinaan, cemuhan dan bermacam macam lagi.

Exco Agama bukan saja pekak dalam hal ini tetapi juga pekak dalam hal hal yang membabitkan penjualan arak tanpa lesen, pub dan karaoke haram, malah semakin banyak tumbuh pusat pusat pelacuran di bandar bandar utama di Selangor. Tak tahulah apa nak jadi dalam masa setahun dua ni.

Renungkanlah kata kata Anwar Ibrahim, Hassan Ali malah sekian ramai pemimpin pemimpin pembangkang ketika berkempen dalam PRU 12 yang lalu, berbunyi,

"Saudara saudara sekelian, saya berjanji jika kita meraih kemenangan di Selangor nanti, kita akan tutup kilang kilang arak yang ada di Selangor ini menjelang berkokoknya ayam di Subuh hari kemenangan kita nanti........."

Hahahaha...... hari ini bukan saja tidak ditutup malah penjualan arak berleluasa di sana sini. Agaknya mungkin imam imam ini melatah di masjid sebab pening kot.....