Thursday, December 17, 2009

BILA UJIAN ALLAH TIBA PEMBANGKANG LARI DARI RAKYAT

Biasalah... bila berlaku bencana alam, orang yang cakap besar parti pembangkang seperti PKR, PAS dan DAP langsung tak nampak muka untuk sama sama membantu. Akhirnya Orang UMNO lah juga yag turun padang membantu mangsa bencana. Harap rakyat sudah sedar dengan sendiwara PKR, PAS dan DAP ni.

Mana mana rakyat yang sebelum ni tak puas hati atau marah dgn kerajaan UMNO/BN fikir fikirkanlah semula keadaan ini. Janganlah simpan kemarahan tu sampai bila bila sbb banyak pihak yg akan rugi. Belum ada parti lain selain UMNO/BN yang menjaga kepentingan semua rakyat.

4 comments:

  1. saya rasa tak betul tu bang, BN/UMNO pegang pusat dan banyak duit. Peruntukan untuk MP dan ADUN BN tinggi berbanding pihak Pakatan Rakyat. Ini adalah diskriminasi dan kedurjanaan warisan UMNO sejak dulu terhadap pihak lain. Selagi pemikiran rakyat belum berubah dan bijak politik, selagi itu pemimpin umno berupaya menipu orang melayu. Kerana itu pemimpin yang bermasalah segi moral dan agama pun boleh memimpin UMNO.

    ReplyDelete
  2. Mbah ayu :
    cuba tuliskan perbezaan parti antara UMNO dan Pasl. supaya ramai org melayu faham.sekiranya mereka beragama Islam la. Tuliskan juga perbezaan antara Melayu yg menganut Islam sejati dan melayu yg menganut islam sekular.
    Ramai org melayu hanya tahu Islam sekular dan tidak menghayati pemerintahan Islam yg di kehendaki oleh Allah dan menggunakan alQuran sebagai panduan.

    Terima kasih
    dari bekas Penyokong kuat UMNO

    ReplyDelete
  3. adapun terlalu banyak beza Pas dgn umno, pertama ialah nama parti pun kita dah tau siapa sebenarnya mewarisi pemikiran penjajah dan menafikan bahasa melayu. Pas ialah Parti Islam SeMalaysia manakala umno pula United Malay Nasionalist Orgn. Rujukan tertinggi pas ialah Quran,hadith, Ijma' ulama dan Qias tetapi umno pula tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi parti yang diketuai Presiden. Kata putus utama Pas dikawal oleh Majlis Syura Ulama yg diketuai oleh Murshidul Am. Apa sahaja yg menyalahi syariat akan tertolak dan mereka mendalami ilmu agama. Bagi UMno pula, sesiapa sahaja boleh jadi presiden atau anggota majlis, perlantikan oleh ahli-ahli dan kita biasa dengar lobi melobi, perebutan jawatan, persengketaan dan main bomoh untuk mendapatkan jawatan. Skandal rasuah wang bukan asing bagi umno. Setiap tahun ada shj pendakwaan kerja mungkar itu. Pimpinan biasanya bukan kalangan ulama maka mereka terdedah kepada nafsu sarakah, lihat isteri pemimpin umno dan bandingkan dgn muslimat dan isteri pemimpin Pas. Mereka makin labuh tudungnya dan kaum ibu umno pula makin tebal lipstik dan kembang rambut miskipun usia dah umur subsidi. Mereka bergaul dgn jantan macam kambing dalam reban. ada bini orang 'bersama' laki orang sptmana kes pimpinan di Johor dan Selangor. Pemimpin kena tangkap bersama artis di PD masih segar dalam ingatan dan ada pemimpin raba punggung gadis. Inilah wajah pemimpin melayu kebanggaan Umno. Ulama mereka hanya layak jadi pembaca doa dan melilau di kaki lima PWTC.

    Jangan lupa ada pemimpin umno kena kerat 18 di Raub semata-mata kerana cari kebendaan dan jawatan, main bomoh semasa pemilihan parti dan pernah limau berterabur di PWTC. Ingat tak kes bunuh Dato Taha di Tampin? bgm pula gadis Monggolia? siapa yg ugut Kelantan dari kuatkuasakan hukum hudud?

    Kepada sesiapa yg nak kenali umno dan Pas perlulah baca perlembagaan parti dan rupa bentuk ahl--ahli mereka. Umno cuma meletakkan nama Islam di perkara 3.3 Perlembagaan mereka tetapi bukan utk dijadikan panduan berorganisasi. Ini mungkin kerana dalam umno ada byk ahli bukan Islam spt Di Sabah, Utara tanahair dan orang asli di Pahang. Mereka tidak menjadikan ulama sbg rujukan kerana itu pemimpin jenis gedebe dan pemaksiat boleh naik, kita pun hairan bgmana boleh ahli-ahli lain boleh menjulang dan mencium tangan pemimpin begitu.

    Lihat pemimpin Pas, biasanya ulama akan ditonjolkan sbg ketua sbb bagi ahli Pas mereka itu pewaris para nabi (hadith) dan mereka memegang amanah Allah. Jika mereka seleweng maka alangkah beratnya dosa mereka di sisi Allah kelak. Memimpin itu amanah yg perlu dipertanggung jawabkan di mahkamah Allah. Jika bukan ulama, mereka mestilah istiqomah dgn perjuangan dan menghayati ajaran agama. Mana-mana pemimpin atau ahli berakhlak buruk wajib dinyahkan kerana itu ahli pasik. jika ada ahli yang menyalahi adab maka itu bermakna mereka menempah percuma dosa dan noda. Siapa nak masuk nereka?

    Jadi, parti yang mewakili melayu dan berpegang teguh kepada dua pusaka yg ditinggalkan nabi saw ialah PAS !!! siapa lagi selain Pas? tepuk dada tanya iman anda.

    ReplyDelete
  4. Aku sokong PAS.
    Ucapan Najib mencerminkan UMNO tak terima perundangan Islam dan masih menakutkan kaum kafir berkaitan Islam.
    Karpal Singh tentang perundangan Islam kerana jahilnya, tapi UMNO tentang perundangan iSlam adalah suatu kezaliman.

    ReplyDelete