Wednesday, September 16, 2009

IMAM KAKI BALUN HASIL TAULIAH KERAJAAN SELANGOR

Cerita imam imam di sesetengah masjid di Kelantan gunakan platfom khutubah masjid untuk membalun kerajaan pusat sudah banyak menular di Selangor. Paling menyedihkan, imam imam yang dilantik oleh kerajaan negeri ini bukan sahaja membalun kerajaan pusat di kawasan kawasan yang mereka menang, tetapi juga berani membalun kerajan pusat dan wakil wakil rakyat dari BN di kawasan yang mereka kalah.

Paling menyedihkan khutubah dan taskirah imam imam ini bukan sahaja berbau politik terang terangan, tetapi juga bercampur dengan hinaan, makian dan juga luahan perasaan marah.

Perkara begini langsung tidak pernah berlaku ketika BN memerintah Selangor dahulu. Apapun fahaman politik masyarakat ketika itu, imam imam yang bertugas mengambil jalan tengah serta tidak pernah menggunakan khutubah untuk memukul atau menghentam musuh politik mereka.

Tetapi hari ini keadaan itu sudah tidak berapa ujud lagi. Ada imam imam yang kerajaan negeri Selangor lantik sudah mula memainkan peranaan jahat ini. Lebih lebih lagi imam imam yang didatangi khas oleh jawatankuasa masjid yang langsung tidak ada tauliah oleh Masjlis Agama Islam Negeri Selangor.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuangku Sultan Selangor telah mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor atau mana mana pentadbir masjid di negeri ini, supaya menjaga keistimewaan dan kemuliaan masjid sebaik mungkin. Malangnya mereka bukan saja engkar tetapi melanggar perintah berkenaan.

Rata rata yang terbabit dalam urusan pentadbiran masjid dan surau di Selangor bukan anak jadi Selangor. Kebanyakan mereka berasal dari negeri negeri lain dan bermastautin di Selangor. Tetapi apa yang peliknya, mereka gagal mematuhi arahan dan perintah Sultan sebagaimana yang dituntut oleh setiap rakyat. Malah mereka menjadi lebih Selangor berbanding anak jati Selangor.

Apa tindakan MB Selangor? Tan Sri Khalid Ibrahim..... dia buat pekak je. Exco agama yang juga pakar motivasi Dato Hassan Ali jugak tidak berani untuk menegah apatah lagi bersuara. Maka terjadilah pada hari ini, masyarakat Islam di Selangor dihidangkan dengan caci maki, kejian, hinaan, cemuhan dan bermacam macam lagi.

Exco Agama bukan saja pekak dalam hal ini tetapi juga pekak dalam hal hal yang membabitkan penjualan arak tanpa lesen, pub dan karaoke haram, malah semakin banyak tumbuh pusat pusat pelacuran di bandar bandar utama di Selangor. Tak tahulah apa nak jadi dalam masa setahun dua ni.

Renungkanlah kata kata Anwar Ibrahim, Hassan Ali malah sekian ramai pemimpin pemimpin pembangkang ketika berkempen dalam PRU 12 yang lalu, berbunyi,

"Saudara saudara sekelian, saya berjanji jika kita meraih kemenangan di Selangor nanti, kita akan tutup kilang kilang arak yang ada di Selangor ini menjelang berkokoknya ayam di Subuh hari kemenangan kita nanti........."

Hahahaha...... hari ini bukan saja tidak ditutup malah penjualan arak berleluasa di sana sini. Agaknya mungkin imam imam ini melatah di masjid sebab pening kot.....

3 comments:

  1. Nak bt mcm mane boss, dah tu yg org melayu dlm Pas n PKR nak sebagai hidangan anak cucu diorg.

    ReplyDelete
  2. ALA....
    TUHAN PUN DEPA LAWAN INI KAN SULTAN...
    DEPA NI BOLEH MEN ACI JA...
    ITU THAGHUT INI THAGHUT...MASUK POKET BALUM JUGAK....

    ReplyDelete
  3. Dulu masa saya sembahyang di Masjid Kompleks Pertanian Serdang, ada sorang pakcik fanatik PAS tu siap kutuk Selangor ni Darul Carlsberg, tapi bila diorang dah memerintah, xde pun apa-apa tindakan kat kilang-kilang arak tu. Masing-masing takut dengan Teresa Kok, sampaikan Teresa Kok bawa paderi masuk kampung salurkan bantuan pada mangsa bencana, orang-orang PAS boleh biar je, siap kembang lubang hidung amik gambar dengan Teresa Kok dan paderi-paderinya. Masa kes Teoh Beng Hok, makcik-makcik PAS beriya-iya penuh semangat nyalakan lilin...tak ke bodoh je diorang ni, bila diorang buat, semua halal...betul... bila Ustaz Zainal baca doa luar kuil, jadi isu... x paham le diorang ni...

    ReplyDelete